klik sini gak

Thursday 21 March 2013

SPM@TERKINI !!! KEPUTUSAN SPM NAJWA LATIFF


keputusan SPM telah pon di umumkan pagi tadi..admin nak kongsi sikit dengan pembaca mengenai keputusan SPM bagi selebriti kita..tidak lain tidak bukan,NAJWA LATIFF..

Berbagai-bagai perasaan yang dialami oleh bekas pelajar SPM 2012 setelah mendapat keputusan bergantung kepada pencapaian dan juga target masing-masing. Pasti ada yang gembira, terkejut, sedih dah bermacam-macam lagi.

Hal ini juga tidak dapat di elak oleh artis yang naik melalui YouTube iaitu Najwa Latif yang turut menduduki peperiksaan SPM pada tahun lepas. Pelajar alisan Sains Tulen Sekolah Menengah Kebangsaan Temenggong Ibrahim ini telahpon mewakilkan kakaknya, Syafikah Latif untuk mengambil keputusan SPM 2012.

Dalam kesibukannya menceburi bidang nyayian, Imratul Najwa Abdul Latif yang popular dengan lagu Cinta Muka Buku bijak membahagikan masa untuk mengulang kaji pelajaran. Buktinya, beliau berjaya mendapat keputusan 4A daripada 10 Subjek yang diambil olehnya. 

Beliau yang sangat berminat dalam pengajian Bahasa Inggeris menanam cita-cita untuk menyambung pengajian di peringkat Universiti dalam bidang Teaching English as Second Language (TESL).

Dr Fuh dan pihak admin lain mengucapkan tahniah kepada adik Najwa Latif atas pencapaian yang membanggakan itu walaupun sudah bergelar artis beberapa tahun lepas. Semoga adik Najwa Latif terus maju dan berusaha bersungguh-sungguh dalam apa jua bidang yang diceburi.

1 comment:

  1. oklah 4A Alhamdulillah..sayapun amek keputusan SPM gak hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...