klik sini gak

Showing posts with label ATM. Show all posts
Showing posts with label ATM. Show all posts

Sunday, 31 March 2013

LAHAD DATU @TERKINI !!! KESAN PENINGGALAN KEKEJAMAN TENTERA SULU TERHADAP PENDUDUK KAMPUNG


Selepas sebulan meninggalkan rumah dan menghuni pusat pemindahan ekoran insiden pencerobohan pengganas Sulu, sebahagian penduduk dibawa memasuki kawasan kampung itu sebelum dikejutkan dengan penemuan banyak harta masing- masing yang musnah terbakar atau dirosakkan.

Thursday, 21 March 2013

TERKINI@LAHAD DATU !!! EMPAT PENGGANAS DIGEMPUR


LAHAD DATU: Satu pertempuran berlaku antara pasukan keselamatan dengan sekumpulan pengganas di sebuah rumah tinggal di Kampung Kembara Sakti Felda Sahabat tengah malam tadi.

Monday, 18 March 2013

TERKINI@LAHAD DATU !!! 15 LAGI KERETA KEBAL TIBA


Panglima 1 Divisyen Infantri Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Datuk Zaki Mokhtar berkata, kehadiran kenderaan perisai roda berantai itu mampu mempertingkatkan kekuatan pasukan keselamatan.
“Kenderaan ini membantu memperkukuh dan seterusnya mendominasi Op Daulat yang dilancarkan sejak 5 Mac lalu.

Friday, 15 March 2013

TERKINI@LAHAD DATU !!! AZZIMUDIE SI PENGECUT LARI TINGGALKAN PENGIKUT - MESTI BACA


KOTA KINABALU - Ketua gerombolan pengganas Sulu di Sabah, Azzimuddie Kiram dipercayai telah melarikan diri ke selatan Filipina.
Azzimuddie yang sebelum ini mengatakan tidak akan berganjak dari bumi Sabah yang dicerobohnya sejak 12 Februari lalu kini terpaksa menjilat ludah sendiri apabila maklumat mengatakan yang dia lari dari medan perang sejak beberapa hari lalu.
Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, kesimpulan itu dibuat berdasarkan risikan pihaknya.

Wednesday, 13 March 2013

TERKINI@LAHAD DATU !!! PENGGANAS MENGUMPAN DI KUBUR


Kuala Lumpur: Kubur pengganas Sulu yang ditembak mati disyaki dijadikan ‘umpan’ oleh saki-baki rakan mereka untuk menyerang hendap anggota pasukan keselamatan yang berusaha mendapatkan mayat itu.



Tuesday, 12 March 2013

TERKINI@LAHAD DATU !!! PERTEMPURAN BERLAKU DI SUNGAI NYAMUK, TAWAU


Tawau : Jam 10.34 pagi ini, Angkatan Tentera Malaysia telah melaporkan berlakunya serang hendap di kawasan ZL 10, Sungai Nyamuk. Beberapa siri berbalas tembakan telah berlaku di mana menyaksikan akhirnya 3 musuh telah ditembak mati  manakala 2 lagi cedera.
Difahamkan musuh yang tercedera telah melarikan diri. Seorang anggota ATM juga telah tercedera ekoran dari pertempuran itu dan telah dikejarkan ke Hospital Sandakan dengan helikopter PDRM.
Dilaporkan bahawa tembak menembak masih berlaku. Berita lanjut menyusul.

sumber : terengganu today
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...