klik sini gak

Tuesday 19 March 2013

ARTIS@TERKINI !!!! "BEEGO" DI TAHAN KHALWAT


KUALA LUMPUR 19 Mac - Pelakon dan bekas penyanyi kumpulan Phyne Ballerz, Beego, memberitahu seorang pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dua tahun lalu, dia menyewa rumah yang didiaminya bersama-sama seorang kakak angkat.

Selain mereka berdua, Beego turut memberitahu Pegawai Penguat Kuasa Pejabat Agama Islam Daerah Gombak Timur JAIS, Muhammad Luqman Ramli, seorang lagi rakan lelakinya turut menyewa rumah berkenaan yang terletak di Oakleaf Kondominium, Bukit Antarabangsa, Ampang.

Perkara itu dimaklumkan oleh Muhammad Luqman semasa memberi keterangan bagi pihak pendakwaan dalam perbicaraan kes khalwat Beego dan dua rakannya di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini.

Muhammad Luqman berkata, Beego memberitahu perkara tersebut ketika disoal olehnya dalam rumah berkenaan selepas serbuan dilakukan berikutan aduan orang ramai mengenai kehadiran lelaki dan wanita bukan muhrim di dalam rumah itu.

p/s nenek : walaupon hebat mane pon kita, ade yang lagi maha hebat iaitu ALLAH S.W.T. janganlah kita membelakangkan - NYA..kalau dah tahu bukan muhrim atau langsung tiada ikatan yang sah,jangan lah suke-suke berdua-duaan walaupon ade geng kita dalam satau tempat. ok tu je pesan nenek..beringatla ye.......


Artikel Penuh: utusan melayasia
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...