klik sini gak

Showing posts with label al-quran. Show all posts
Showing posts with label al-quran. Show all posts

Tuesday, 19 March 2013

"ILMU PENDINDING DIRI" @ CARA DAN BAGAIMANA MENGGUNAKAN AYAT KURSI

1. Dapat Menyembuhkan Penyakit Gila / Ayan

Untuk sakit gila cara megamalkannya, ayat Kursi dibaca sebanyak 33 kali pada ubun-ubun orang yang sakit gila itu seraya dihembus-hembuskan. Insya Allah lekassembuh. Lakukanlah berulang-ulang ketika matahari akan terbitdan ketika akan terbenam, bila belum ada perubahan.

Sunday, 17 March 2013

"ILMU PENDINDING DIRI" @ KHASIAT AYAT KURSI

AYAT KURSI

Ayat Kursi diturunkan pada suatu malam selepas Hijrah. Menurut riwayat, ketika ayat kursi diturunkan disertai dengan beribu-ribu malaikat sebagai penghantarnya, kerana kebesaran dan kemuliaannya.

Syaitan dan Iblis menjadi gempar kerana adanya suatu alamat yang menjadi perintang dalam perjuangan nya.
Rasulallah s.a.w segera memerintah kepada penulis alQuran iaitu Zaid bin Thabit agar segera menulisnya dan menyebarkannya.

Ada terdapat sembilan puluh lima buah hadis yang menjelaskan fazilat ayat kursi. Sebabnya ayat ini disebut ayat KURSI kerana di dalam nya terdapat perkataan KURSI, ertinya tempat duduk yang megah lagi yang mempunyai martabat.

Perlu di ingat, bukan yang di maksudkan dengan KURSI ini tempat duduk tuhan, tetapi adalah KURSI itu syiar atas kebesaran Tuhan.
 


Wednesday, 20 February 2013

PENTING !!!! BELAJAR TAJWID



Tajwīd (تجويد) dari segi bahasanya bermaksud melakukan sesuatu dengan elok yang berasal dari perkataan Jawwada. Pada istilah syarak, tajwid adalah ilmu yang boleh mengenalkan tempat bagi tiap-tiap huruf dengan memberi apa yang patut baginya dari segi sifat-sifat huruf itu seperti menyatakan dan menyembunyikan atau apa yang dimestikan bagi huruf-huruf itu dari sifat-sifat luar dari segi panjang, pendek, tebal, tipis dan sebagainya.
Anggaran ilmu tajwid itu ialah menyampaikan dengan sedalamnya kesempurnaan tiap-tiap sebutan dari ayat al-Quran. Para ulama menyatakan yang hukum bagi mempelajari tajwid itu adalahfardhu kifayah tetapi mengamalkan tajwid ketika membaca al-Quran adalah fardhu ain atau wajib kepada lelaki dan perempuan yang mukallaf. Untuk Pelajari tajwid secara ringkas, sila klik dibawah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...