klik sini gak

Tuesday 19 March 2013

TERKINI@GREEK !!! KERANA "NAZI SALUTE", SEUMUR HIDUP DIGANTUNG DARI BERMAIN BOLA SEPAK

Pemain bola sepak dari sebuah kelab telah dikenakan hukuman 'banned' (gantung) seumur hidup dari bermain bola sepak mewakili negara di peringkat antarabangsa selepas di melakukan aksi 'terlampau'Nazi Salute ketika meraikan jaringan kemenangannya pasukan..

Giorgos Katidis, pemain bola sepak Greek (Greece) berusia 20-an yang meraikan jaringan gol kemenangannya pada hari Sabtu lalu dengan memberikan gaya tabik Nazi kepada peminat di Athens, telah diharamkan seumur hidup daripada mewakili pasukan bolasepak negaranya dalam perlawanan antarabangsa..




Dia yang juga seorang kapten bagi pasukan bolasepak belia negaranya telah digantung seumur hidup setelah keputusan sebulat suara dibuat oleh The Hellenic Football Federation apabila ramai yang mendakwa berasa terguris dan kecewa dengan perbuatannya itu..




"Tindakan pemain ini yang memberikan salam Nazi Salute kepada penonton dengan cara seorang Nazi adalah satu provokasi yang teruk, penghinaan kepada mangsa kekejaman Nazi dan merosakkan nilai kemanusiaan dalam permainan" ujar Persekutuan Bola Sepak tersebut..







Giorgos Katidis bagaimanapun yang pada mulanya mendakwa bahawa dia tidak tidak tahu apa makna disebalik  isyaratnya itu..Dalam permohonan maaf yang dikeluarkan selepas pengharamannya untuk bermain bola sepak, dia berkata "saya berasa sangat 'teruk' dengan kebodohan perbuatan saya itu"..





sumber : buatbest.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...