Sepanggar: Seorang ibu muda berusia 28 tahun masih dalam pantang nekad terjun bersama bayinya selepas 500 rumah atas air terbakar dalam kejadian di Kampung Numbak, di sini, malam kelmarin.
Ibu terbabit, Julsima Jultaran dan bayinya, Nuranadania Jelwin yang berusia tujuh hari terselamat, namun tidak sempat menyelamatkan harta mereka termasuk pakaian bayi yang baru dibeli.
“Ketika kejadian, saya sedang menyusukan bayi di ruang tamu, manakala dua lagi anak bermain di halaman rumah dan suami pula keluar bekerja.