klik sini gak

Sunday, 17 February 2013

MESTI BACA.SANGAT PENTING.INGIN TAHU ASAL - USUL SEBENAR ANDA



Asal Usul Kejadian Manusia
Permulaan manusia adalah bermula dari Nabi Adam a.s dan ALLAH SWT menjadikan Nabi Adam daripada tanah.

Peroses Kejadian Nabi Adam a.s
Malaikat Jibrail diperintahkan oleh ALLAH SWT supaya turun ke bumi untuk mendapatkan sebahagian tanah untuk mencipta Adam a.s. Akan tetapi bumi tidak benarkan Jibrail lakukan sedemikian kerana khuatir Adam akan lakukan kemungkaran kepada ALLAH SWT. Lalu Jibrail Pulang ke Hadrat ALLAH SWT dan beritahu tidak dapat melakukan apa yang diperintahkan apabila mendengar sumpahan bumi.

Kemudian Malaikat Mikail pula diperintahkan melakukan perkara yang sama. Juga Jawapan yang sama, berkeras untuk tidak membenarkan malaikat mikail mengambil tanah bumi. Setelah itu, Malaikat Israfil pula, juga jawapan yang sama. Akhirnya ALLAH SWT memerintahkan Malaikat Izrail turun ke bumi.

ALLAH berfirman :

"Hai Izrail! Engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-  sumpah dengan ucapan, jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjamu atas perintah dan atas nama Ku."

Dengan turunnya Malaikat Izrail, akhirnya bumi mengizinkan Malaikat Izrail mengambil tanahnya. Pulanglah Maikat Izrail ke hadrat ALLAH SWT.

ALLAH berfirman :
"Ya Izrafil, pertama engkau yang KU tugaskan mengambil tanah, dan di kemudian hari nanti akan AKU tugaskan engkau mencabut roh manusia"

Penciptaan Nabi Adam a.s menggunakan 12 Jenis Tanah
  1. Tanah tapak Baitul Maqdis
  2. Tanah Bukit Tursina
  3. Tanah Iraq
  4. Tanah Aden
  5. Tanah Al-Kautsar
  6. Tanah tapak Baitullah
  7. Tanah Paris
  8. Tanah Khurasan
  9. Tanah(Babylon)
  10. Tanah India
  11. Tanah Syurga
  12. Tanah Tha'if
Terdapat 5 jenis tanah yang digunakan dan kelima-lima tanah tersebut mempunyai warna yang berbeza iaitu hitam, kuning, coklat, dan merah. Oleh sebabitu, manusia memiliki pelbagai jenis warna kulit.

Pembahagian Tanah
Menurut Ibnu Abbas :

1.Kepala          :dari tanah Baitul-Muqaddis kerana di situlah berada otak manusia, dan di  situlah     tempatnya akal.
2.Telinganya     :tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.
3.Dahinya         :tanah Iraq ,kerana disitu tempat sujud kepada.
4.Mukanya       :tanah Aden , kerana di situ tempat berhias dan tempat kecantikan.
5.Matanya        :tanah telaga Al-Kautsar,tempat menarik perhatian.
6.Giginya          :tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.
7.Tangan kanan :tanah Kaabah,untuk mencari nafkah dan kerjasama sesama manusia.
8.Tangan kiri     :tanah Paris , tempat beristinjak.
9.Perut              :tanah Babylon . Disitulah tempat seks(berahi) dan tipu daya syaitan untuk menjerumuskan  manusia ke lembah dosa.
10.Tulang          :tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.
11.Dua kaki      :tanah India , tempat berdiri dan jalan.
12.Hati             :tanah syurga Firdaus, kerana disitulah iman, keyakinan, ilmu, kemahuan dan sebagainya.
13.Lidah           :tanah Tha'if, tempat mengucap Syahadat,bersyukur dan berdoakan kepada Tuhan.


Proses kejadiannya:
1.      Ketika Allah jadikan Adam, tanah-tanah tersebut dicampur dengan air tawar, air masin, air hanyir,     angin dan api sehingga menjadi tanah liat kering yang berasal dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Kemudian Allah resapkan Nur (cahaya) kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam "sifat".
2.      Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh Adam" adalah tanah pilihan. Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah dan wangi-wangian dari sifat Nur sifat Allah.
3.      Kemudian tubuh itu dibenamkan di dalam air "Kudral-Izzah-Nya" . Lalu terciptalah tubuh Adam yang sempurna.
4.      Demikian pula roh,ketika itu diperintah masuk ke dalam tubuh Adam, ia merasa malas dan enggan, lalu ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar. Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk. Akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail.

Sebagai pengetahuan, yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia. Oleh itu, meskipun orang kulitnya hitam, tetapi warna kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan.

Terdapat  sembilan rongga atau liang pada tubuh Adam a.s. Tujuh buah liang dikepala, dan dua buah liang di bawah badan letaknya.

Tujuh buah letaknya adalah:
1.         Di Kepala ialad Dua liang mata, Dua liang telinga, Dua liang hidung dan sebuah liang mulut.
2.         Dibawah ialah Sebuah liang kemaluan dan liang dubur.

Dijadikan pula lima buah pancaindera:
1.         Mata alat penglihatan
2.         Hidung alat penciuman
3.         Telinga alat pendengaran
4.         Mulut alat merasa manis, masin dan sebagainya.
5.         Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk merasa halus, kasar dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...