klik sini gak

Thursday, 21 February 2013

HARI INI DALAM SEJARAH.APA ADE PADA TANGGAL 22 FEBRUARI



22 Februari

 Hari ini juga merupakan:
  • Hari Kemerdekaan di Saint Lucia (1979)
  • Pesta Cathedra Petri (Katolik).




Peristiwa

·         1495 - Raja Charles VIII dari Perancis memasuki Naples untuk menuntut takhta kota tersebut.
·         1632 - Perbincangan Mengenai Dia Sistem Dunia Utama karya Galileo diterbitkan.
·         1744 - Perang Warisan Austria: Kapal British mula menyerang bahagian belakang armada Perancis-Sepanyol di Laut Mediterranean di luar pantai Toulon, Perancis.
·         1797 - Serangan Britain Terakhir oleh Perancis bermula berhampiran FishguardWales.
·         1819 - Melalui Perjanjian Adams–Onís, Sepanyol menjual Florida kepada Amerika Syarikat dengan harga AS$5 juta.
·         1856 - Parti Republikan Amerika Syarikat membuka persidangan sulungnya di Pittsburgh, Pennsylvania.
·         1876 - Universiti Johns Hopkins (gambar) ditubuhkan di BaltimoreMaryland, A.S. dan dinamakan bersempena dermawan Johns Hopkins.
·         1904 - United Kingdom menjual sebuah stesen meteorologi di Kepulauan Orkney Selatan ke Argentina. Kepulauan tersebut dituntut oleh UK pada tahun 1908.
·         1915 - Perang Dunia Pertama: Jerman memulakan peperangan kapal selam tanpa batasan.
·         1924 - Calvin Coolidge menjadi Presiden Amerika Syarikat pertama yang berucap di radio dari White House.
·         1942 - Perang Dunia Kedua: Presiden Franklin D. Roosevelt mengarahkan Jeneral Douglas MacArthur berundur dari Filipina kerana pertahanan Amerika runtuh di sana.
·         1943 - Anggota kumpulan White Rose didapati bersalah mengkhianat dan digilotin oleh rejim Nazi di Jerman.
·         1948 - Pihak Komunis merampas kuasa di Czechoslovakia.
·         1958 - Presiden Mesir Gamal Abdel Nasser dan Presiden Syria Shukri al-Quwatli menandatangani pakatan penyatuan untuk membentuk Republik Arab Bersatu.
·         1973 - Perang Dingin: Berikutan lawatan Presiden Amerika SyarikatRichard Nixon ke Republik Rakyat China, kedua-dua negara bersepakat untuk mendirikan pejabat perhubungan.
·         1974 - Sidang kemuncak Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) bermula di Lahore, Pakistan, dihadiri 37 buah negara dan 22 ketua negara dan kerajaan. Sidang ini turut mengiktiraf kemasukan Bangladesh.
·         1974 - Samuel Byck gagal membunuh Presiden A.S. Richard Nixon.
·         1979 - Kemerdekaan Saint Lucia dari United Kingdom.
·         1986 - Tunjuk perasaan aman Revolusi Kuasa Rakyat/Revolusi EDSA bermula untuk menggulingkan rejim diktator Filipina, Ferdinand Marcos.
·         1994 - Aldrich Ames dan isterinya dituduh oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat kerana mengintip untuk pihak Kesatuan Soviet.
·         1997 - Ahli sains di Institut Roslin di Scotland mengumumkan kewujudan biri-biri klon bernama Dolly (gambar), tujuh bulan selepas kelahirannya.
·         2002 - Ketua pemberontak Angola Jonas Savimbi terbunuh dalam serangan hendap tentera.
·         2011 - Satu gempa bumi bermagnitud 6.5 ML melanda Christchurch dan sekitar wilayah Canterbury di New Zealand, mengakibatkan kemusnahan teruk (gambar) dan lebih 180 maut.
Kelahiran
·         1732 - George WashingtonPresiden Amerika Syarikat pertama
·         1943 - Horst KöhlerPresiden Jerman ke-9
·         1981 - Adrienne Pickering, pelakon Australia

Kematian
·         1992 - Sudirman Hj Arshad, penyanyi Malaysia
·         2002 - Raymond Firth, seorang ahli etnologi New Zealand


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...