klik sini gak

Thursday 16 May 2013

TIPS@KESIHATAN !!! PAYU DARA BENGKAK.CARA ATASINYA

Bagaimana Boleh Terjadi Bengkak Susu Pada Payu dara Anda?
Pada minggu pertama selepas bersalin ataupun selepas 3 bulan anda mungkin dapati buah dada anda sangat membengkak, sakit, berdenyut, membonjol serta terasa penuh dan tidak selesa. Kadang-kala bengkak itu sampai ke bawah ketiak.
Anda juga mungkin mengalami demam atau pening-pening atau meloyakan. Tetapi jangan risau. Walau seteruk manapun bunyinya, keadaan ini hanya sementara. 

Penyebab Payu Dara Membengkak.
Antara dua hingga enam hari selepas bersalin, ataupun selepas 3 bulan, susu badan terhasil dengan banyaknya untuk memenuhi keperluan bayi anda. Pada masa yang sama, lebih banyak darah mengalir ke buah dada dan sesetengah tisu disekelilingnya akan membengkak. Akibatnya? Payudara yang penuh dan bengkak. 

Bukan semua ibu baru mengalami bengkak payudara dalam erti kata yang sebenar. Sesetengah wanita mendapati buah dada mereka hanya menjadi lebih penuh sedikit, tetapi sesetengah yang lain pula mendapati payudara mereka telah menjadi sungguh besar dan keras. Walaupun begitu, payudara bengkak sepatutnya hanya keadaan yang sementara sahaja. Selagi bayi anda melekap dengan betul dan diberi susu sekerap yang mungkin, bengkak anda akan cepat reda. 

Rawatan yang perlu dilakukan boleh secara normal ataupun tradisional.


Normal
Pertama, ingatlah bahawa payudara bengkak adalah tanda yang positif, iaitu anda sedang menghasilkan susu untuk menyusui bayi anda, dan tidak lama lagi, dengan bantuannya, anda akan menghasilkan jumlah yang sesuai. Sehingga itu: 

  • Pakailah coli menyusu yang memberi sokongan, termasuk pada waktu malam. Pastikan ia benar-benar padan dan tidak terlalu ketat


  • Susukan bayi anda dengan kerap, iaitu setiap dua atau tiga jam, walaupun anda terpaksa mengejutkan bayi anda daripada tidur. Pastikan bayi anda menyusu daripada kedua-dua belah payudara pada setiap penyusuan. Cuma pastikan sebelah yang pertama tadi telah dihisap sepenuhnya sebelum memberikan yang sebelah lagi. Pada sesi penyusuan yang berikutnya, mulakan dengan sebelah payudara yang terakhir dihisap.

  • Mungkin sukar untuk bayi anda melekap pada payudara anda apabila areola, iaitu kawasan kulit gelap disekeliling puting, sangat keras. Untuk memastikan bayi anda melekap dengan betul, perah dengan tangan atau pam susu keluar sehingga areola menjadi lembut. Satu cara untuk memudahkan pengeluaran susu ialah dengan meletakkan tuala panas di dada, ataupun mandi dengan air suam sebelum memerah. Air suam mandian itu sendiri mungkin boleh menyebabkan susu keluar dengan sendirinya dan dapat melembutkan areola. Ini mungkin akan memakan masa. Sabarlah, dan teruskan mencuba!


  • Jika buah dada adalah terlalu penuh dengan susu, menggunakan pam sekali-sekala untuk mengeluarkan susu berlebihan adalah elok dan tidak akan memburukkan keadaan. Penghasilan susu yang berlebihan hanya akan berlaku jika si ibu mengepam lebih daripada keperluan bayinya sedangkan bayi itu sudah menyusu dengan baik.


  • Semasa bayi sedang menyusu, urut atau pam payudara yang sedang dihisapnya perlahan-lahan. Ini dapat membantu pengaliran susu dengan lebih lancar dan turut melegakan sedikit ketegangan dan ketidakselesaan pada payudara.




Tradisional
1. ambil sikat yang punyai jejari yang banyak. kemudian sikatkan payudara anda dengan lembut dang berulang kali. dijamin bengkak susu akan susut. lakukan setiap hari.


2. ambil daun kobis segar. sehelai sahaja dan lekapkan di payu dara yang alami bengkak susu. dijamin juga bengkak susu akan susut. tetapi empunya badan akan merasa panas sekejap di bahagian bengkak susu. tapi hasilnya juga boleh tahan. susut serta merta.lakukannya juga hari-hari.


Selamat Mencuba......

sumber : baby center


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...