klik sini gak

Tuesday 5 March 2013

BONGKAR SABAH !!! TENTERA SULU DIJANJIKAN TANAH OLEH DATUK NAJIB

Keadilan Daily Telah Terbit Hari Ini.

BONGKAR SABAH: Misuari dakwa 'mereka ke Sabah selepas janji Najib'

BONGKAR SABAH: Tentera Sulu dijanji TANAH rupanya






Misuari dakwa 'mereka ke Sabah selepas janji Najib'

MANILA: Menurut laporan Manila Buletin Publishing Corporation (mb.com.ph), pengasas MNLF Nur Misuari mendakwa tentera Sulu ke Sabah selepas mendengar janji dari Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak.

Menurut laporan bertarikh 21 Februari 2013 bertajuk "Don’t Harm Sultan’s Men, Nur Warns Malaysia", Misuari berkata, ketika beliau di Jolo, Sulu beliau terdengar bahawa adik kepada Sultan Jamalul Kiram III, Agbimuddin Kiram telah merentas lautan kerana mereka telah dijanjikan untuk ditempatkan di Sabah.

Oleh itu, Misuari merayu Najib untuk bertindak dengan cermat dalam menghadapi pemberontak Filipina yang kini telah membunuh lapan anggota polis Malaysia di Sabah dalam pertempuran berdarah di Lahad Datu dan juga Semporna.

Misuari juga mendakwa Agbimuddin mungkin ke Sabah untuk menunjukkan ketidaksabaran terhadap tuntutan mereka.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...