klik sini gak

Thursday, 7 March 2013

ADAKAH BENAR PERISTIWA DILAHAD DATU SAMA BERLAKU PRISTIWA DI SAUK?


Bekas Panglima Tentera Darat ke-18, Jeneral (B) Tan Sri Mohd Hashim Hussein digesa tampil menjelaskan sama ada benar peristiwa Sauk yang berlaku pada 2000 adalah sandiwara UMNO seperti yang didakwa oleh pihak pembangkang selama ini.





Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rahimi Osman berkata, pihak pembangkang membuat tuduhan kononnya insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah adalah sandiwara ulangan peristiwa Sauk, dekat Kuala Kangsar.
“Saya ingin bertanya kepada Jen (B) Tan Sri Hashim yang menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) sama ada benar peristiwa Sauk pada tahun 2000 (yang dirujuk dalam kenyataannya berkaitan kes Lahad Datu, Sabah) adalah satu sandiwara UMNO seperti yang didakwa parti pembangkang selama ini.
“Mereka (pembangkang) menggunakan alasan sama dengan menuduh bahawa kononnya insiden Lahad Datu adalah sandiwara ulangan peristiwa Sauk.
“Memandangkan beliau adalah PTD pada ketika itu (2000), saya mohon pencerahan samada benar atau tidak tuduhan pembangkang itu,” katanya kepada Peraktoday.com.
Rahimi menjelaskan lagi, jika benar tuduhan itu, mengapa pembangkang perlu merujuk kepada peristiwa Sauk dan sekiranya tidak benar, mengapa bekas PTD itu boleh bersama-sama dengan pembangkang pada hari ini.
Media massa tempatan hari ini melaporkan bekas Panglima Tentera Darat (PTD) ke-18, Jeneral (B) Tan Sri Mohd Hashim Hussein mengumumkan secara rasmi menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Beliau yang juga bekas Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan turut menyatkan sokongan penuh terhadap perjuangan Pakatan Rakyat yang disifatkannya lebih ikhlas dalam memperjuangkan hak rakyat.
“PR ada suatau kualiti yang penting sebab Anwar boleh bawa harmoni dalam parti. Kualiti kepimpinan sebegini sangat penting dalam mentadbir negara,” katanya kepada pemberita di ibu pejabat PKR di sini, Rabu.
Beliau mendakwa dirinya tidak dipujuk oleh mana-mana pihak sebaliknya beliau secara sukarela ingin menyertai parti itu.
UNTUK BACAAN LANJUT SILA KLIK DIBAWAH
sumber 1 : peraktoday.com
sumber 2 : komentar.tripod.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...